Friday 18 January 2013

Kek Lapis Coklat Polkadot Kukus

Ye puan..puan, hari ini kita masuk ke dunia dapur, dunia masak memasak. Resepi hari ini ialah "Kek Lapis Coklat Polkadot Kukus". Idea daripada blogger masakan yang famous Kak Yatie. Mane tak famous nye, I dengan mummy I ibaratkan blog kak yatie macam buku resepi uolls. Total page viewnye 4juta.. okeyh..

Okeyh let see the recipe !!

Cari kat kedai jual biskut timbang baru jumpe. Letih cari kat supermarket. Tak jumpe pun. Tak tau la kalu ade kat supermarket area lain.. ayoo. huuu
Biskut jejari

Bahan-bahan:

- 270 gram gula halus
- 230 gram tepung gandum*
- 30 gram serbuk koko*
- 1 sudu kecil baking powder*
- 6 biji telur gred A (daripada peti sejuk)
- 1 sudu besar ovallete
- 180 ml susu cair
- 1 sudu besar coklat emulco
- 120 gram mentega cair
- Biskut jejari secukupnya

p/s: Ayakkan semua bahan yang bertanda *

Cara-cara:


1. Campurkan kesemua bahan di dalam bekas kecuali mentega cair dan biskut jejari.
2. Pukul semua bahan sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan kacau dengan spatula hingga sebati.
4. Letakkan 2 senduk adunan ke dalam bekas loyang.
5. Letakkan dan susun biskut jejari di atas adunan di atas adunan pertama.
6. Kemudian kukus selama 10 minit.
7. Keluarkan kek daripada pengukus dan letak 2 senduk adunan & susun biskut jejari sehingga adunan terakhir.
8. Lapisan terakhir kukus selama 20 minit.
9. Sejukkan kek.
10. Potong kek berlawanan dengan bikut jejari yang disusun menegak, supaya nampak corak polkadot.
11 Siap ;)


Perempuan, Lelaki & Coklat

Assalamualaikum ;) Happy weekend !

Entry hari ini sangat sesuai untuk chocoholics. Today I'm going to write about "Woman and Chocolate" ;) "Perempuan dan Coklat".

Ape la menarik sangat nye coklat ni ye? Menarik nya coklat sebab dari dulu dulu lagi ia disimbolikkan sebagai sesuatu yang (......??....).. yang manis, romantis, motivated, sexyh. Wahaaa.. Ngape pule la perempuan ni suke coklat?? gedik betul perempuan ni. Coklat je pun.

Ini cerita disebaliknya daripada my research. Hakikatnya ia telah dijadikan trend @ ikutan ye. Al-kisah apabila lelaki pujaan yang romantis seperti  Channing Tatum (hero dalam movie 'The Vow') dan Gerard butle (hero filem 'PS, I love You') berlakon scene menghadiahkan coklat kepada pasangan yang dicintainya. Ini kalau filem era masa kini. Tapi kalau tengok filem dulu2 pun ade. Tengok, betapa kuatnya pengaruh media terhadap pemikiran kita. Tak patut pun media elektronik dipersalahkan (kesian media elektronik..ye.. hehe). Apa yang salah nye bila kita tak pandai nak tapis mana yang baik mana yang tak elok.

Ok what ;D lelaki kasi coklat kat perempuan.. Perempuan kasi coklat kat laki. Tambah kalau suami & isteri. Kalau tengah bercinte, nak bagi silelah (tapi pahala takde la kan). Tapi kalau fikir positif, kalau bagi mase bercintan cintun ibarat kite kasi praktis kepada bakal pasangan kita. Apakah idea romantis untuk pasangan yang dicintai. Salah satunya memberi hadiah sekotak/sebiji/seberapa banyak coklat. Perempuan yang jiwang terutamanya akan mengungkap dalam hati @ menzahirkan perkataan drpd mulutnya perkataan "Shooo Shweett la you ni". So apakah pula perasaan lelaki yang dapat coklat pula daripada perempuan ye??? I have no idea.. Sebab I BUKAN LELAKI uollss.. huhu

Sila lah cuba buat kek coklat seperti ini & sprinkle lah seberapa banyak Love..love di atsas kek tu & cuba hadiahkan kepada pasangan anda. Adakah ada reaksi @ sebaliknya?
So, lelaki out there..... faham tak mengapakah Perempuan suke Coklat? Sebab coklat membuatkan perempuan tu akan beresa lebih sexyh, termotivasi & berkeyakinan.

See.. sexyh tak??

Fakta daripada entry ini telah dirumuskan daripada:

1) http://www.streetdirectory.com/food_editorials/snacks/chocolates/why_women_love_chocolate.html
2) http://www.news.wisc.edu/13719
3) http://www.oprah.com/food/Why-Women-Crave-Chocolate

P/s: Ni adalah intro untuk next post.. hehe.. Check it out resepi Kek Lapis Coklat Polkadot ;)

Thursday 3 January 2013

Hari ini lebih indah daripada semalam ;)

Indah malam dini hari ;)
"Kenapa indah?"
"Sebab hari ini Allah swt kurniakan keindahan"
"Hari semalam tak indah?"
"Indah juga, tapi tak seindah hari ini"
"Apa yang indah dari hari ke hari ????????"
.................................

Indah juga kehidupan apabila dikurniakan perbezaan. Perbezaan sifat, pendapat, idea, warna dan ??? (banyak lagi yang tak terfikir). Perbezaan hari ke hari itu adalah??? "warnanya". Hari putih (hari tenang), esok hitam (hari sedih), lusa pink (hari jiwang) [Analogi..hehe]... Lumrah kejadian, tiada yang sempurna tercipta melainkan Allah SWT. Tatkala tiada yang sempurna, terungkaplah perkataan "saling melengkapi". Sebab itu lah warna-warni itu indah ;))



Tuesday 18 December 2012

Nasi Ayam Haji Ali, Parit Raja

Assalamualaikum uoll,

Bosan la minggu ni... 9am sampai workstation je takre org. Padahal aku rase 9am tu agak lewat dah tu.. huhu.. Takde la kawan nak nyembang, ngumpat2.. hehe.. Hani dah balik kampung cuti kahwin. Yang lain busy dengan hal masing-masing.. huwaa awat korang tak datang wat kije kat bilik nih.. sunyi dan sepi..huhuhu.. Nak writing pun takde mood sebab sunyi nye yang amat. Udah le bilik ni dah macam kotak ghupenye. Tingkap pun takre. Pandang dinding aje la. 

Takre orang pun.. So tanpa segan silu la aku amik gamba..
Disebabkan nak mencari mood untuk menyiapkan keje yang "deadline" nye makin dekat maka aku pun decide baik gi library camni. Nampak gak ghupe orang lain, tak la pandang dinding kaler putih tu je. Pe lagi pilih la spot tepi tingkap, boley la skodeng2.. hehe.

Inside postgraduate room.. tak ramai pulak org hari ni, So aku dapat conquer  tempat yg same 2 hari berturut-turut.. huawee !

Pepagi dah gatei tangan nak amik gambo.. hehe.. Ni la ghupe permandangan daripada tingkap tempat aku study. Nampak masjid lagi. Sejuk mate memandang. Awan pun kebiru-biruan.. Canteekk... ;) Yang korang nampak air berlopak tu, tu bukan lah tasik ye. Sepatutnye itu kawasan rate tapi bile hujan memang lah bertakung. Tanah kat sini tanah gambut sebab tu la tak rate permukaan tanahnye.


Nampak tak bangunan ade kaler kuning tu. Itu lah kolam renang UTHM. AKu pun tak tau bile nak buke.. Teringin gak nak berkuak lentang sebelum habis study. 


Ini last week punye aktiviti. Mami kirim barang kat air hitam, so aku pun ajaklah Norizan gi same. Pastu die tak makan drpd pagi. So aku pun belanje die makan kat sini. Aku rase takde lah dap sangat pun makan kat sini.. Tapi serving nye pantas. Banyak makanan kat sini tapi trademark nye adalah Nasi Ayam.  


Ini kami order, Nasi ayam sambal & Nasi ayam biasa. Cepat servingnye. Pastu kicap dengan sos pedas memang dah sedie atas meje. Ye la kan since menu utamanya nasi ayam so memang la kene slalu ade kan. Harganye tak mahal pun kami makan 2 org termasuk air RM 15 untuk 2 org. Kenyang sgt, sebab banyak nye hai nasi nye... huhu... Camne nak diet nih !!!! Argh... hehe.. Oraite, nak sambung wat kije.


Sunday 16 December 2012

Kota Kinabalu, Sabah

Ingat lagi tak entry sebelum ni. I told about CHUSER 2012 Conference. So here the journey to Kota Kinabalu, Sabah....  ;)


Ni nak ceghite... pengalaman nye menarik dan sangat penat. Universiti bayar yuran conference je... Accomodation & Makan sendiri tanggung.. huu..kecuali makan time conference sebab yuran conferencee sekali dgn makan mase conference ;)

We're backpacker yuoll. Dari book hotel, transportation sampai cari tempat makan. Memang la mencabar diri. So perjalanan kami bermula pada jam 11pm daripada Senai. Johor. Sampai sane 1am keesokkan harinye. Sampai je airport KK, kawan Sasi jemput (gigih kak yati, tengah pantang berembun disebabkan kami... huhu). Actually K.yati nak jumpa Sasi untuk bincang pasal researchnye & tajuk nyer sama dengan topic study Sasi, that's why kak yati sangat gigih. Kami duduk kat bandar KK. Tak besar mane pun bandar KK yuoll ;) Kalau travel dengan kerete dah habis pusing tak sampai 1 jam pun.
Nak travel satu Sabah... Mane nak sempat kalau 2 hr 1 mlm je.. huhu.. Conference pulak seharian.. Memang tak sempat la kan.. Waduhh
Aku le yang paling excited amik gamba.. Semua nye sebab nak abadikan cerite kat blog ni.. hehe. Sampai kene marah dengan aircraft crew sebab tak leh amik gambar kat depan Air Bus Air Asia ni. Tapi aku tengok orang lain sebelum ni kemain upload gamba.. haha... Tapi aku peduli ape kan.. hehe..

Time take-off kat Senai 11pm.. Travel dengan research colleague.. Sasi & Jouvan. 
So sesampai nye kami di KK pada 1am masing2x kelaparan. Two guys tu yg lapar.. hehe.. so layan aje. Kami makan kat area Medan Selera ikan bakar, beberapa km drpd Pasar Philipine. Lokasi kedai ni paling belakang kat tepi jalan. Tak la sedap sangat masakan dye ..frankly speaking...... Ape yang menarik aku jumpe menu namenye Nasi Lalap. So aku yang try... huuuumm ayam goreng dgn nasi je ghupenye Nasi lalap tu. Sambil2 makan discuss la jugak pasal research kak yati. Actually kak yati study Master jarak jauh dengan UTHM, skrg tengah final year projek master & lecturer kat Poli KK, mude & sweet orangnye.

Supper.. Owh the menu from left; Nasi lalap, Nasi daging black paper, Ikan masak madu merah, Sayur kailan ikan masin
So lepas makan cari hotel. Hotel yang di book Hotel Victoria, Kampung Air. Aku la yang book hotel ni reasonnye dekat dengan main attraction macam Pasar Malam Kampung Air, Pasar FIlipina & Kedai makan seafood ;) On the way nak ke hotel, kak yati pun ceghite pasal Kampung air. Die kate tempat tu kawasan pelacur, ala-ala lorong Haji Tain kat KL tu la. Aku pun "Laaaa yeke... bace review kat internet mcm ok..". So kak yati pun bawa kami gi hotel tu, ooo mai aiii waktu operasi tu.. Bersepah mak nyah dgn pelacur. Kitaorang istighfar dalam hati.. huu... So ape la lagi tak jadi la duduk hotel tu. Cari punyer cari jumpe Hotel antara yang budget RM75/night (harga termasuk tax) tepat pada jam 3am. So kami pun decide duduk hotel ni memandangkan nak baget punye pasal & dah tak larat sangat.. Bilik nyer cozy la jugak + bilik air bersih + sesuai untuk 2 orang tidur untuk standard twin room. Tido je la untuk 2 mlm. Kalu nak tau hotel ni kat bawahnye pub... muahaaa.. redha aje la.. Nasib tak bising tengah pagi bute.

Budget hotel !! wehuu Hotel Switz Paradise, Api api centre
Ni tempat conference, Hotel Sutera Habour 7star yuoll. Kami tak mampu la RM300/night standard room. Nak duduk 2 mlm aje pun + student pulak tu. kuikui..jimat cermat ler.

Sutera Habour view, place for conference
Keesokkan harinye adalah hari conference. kami naik teksi daripada Api-api centre ke Sutera Habour dengan tambang teksi RM15 one way. Aku & jouvan present paper 5pm..Sasi 2pm.. lambat beno nak tunggu turn.. hehe.. tapi yang best dengar presentation drpd researcher drpd universiti lain.  Conference ni adalah parallel session, aku stay dlm room 1 je sebab research topic relate dengan aku kat bilik tu. Banyak juga researcher tengah buat tajuk PPP macam aku.. cool !..

Line up for registration & collect goodies + certificate (Awal tul bagi certificate... hehe..ade gak yang lari tak present kan.. muahee)                                     
Parallel session. Saya duduk dalam room 1 je sebab my research topic banyak kat sini.. 
Habis presentation dalam 6pm. Kami pun balik hotel dari Sutera Habour ke Hotel kami kat Api-api centre by taxi juge. Rehat sejam dan keluar balik 8.30 pm. Nak gi shopping ;) So aku & jouvan jalan je dari hotel ke pasar. Dalam 15 minit je perjalanan. Sampai je aku shopping sorang... kesian Jouvan kene ikut aku... eheehee. Aku rase aku pandai bargain.. perasan.. hehe sebab kerongsang mutiara tu dapat harge RM8 sekotak, keychain 8 ketul RM10, Butang baju melayu saiz besar RM8 sekotak & kecil RM5 sekotak, magnet RM10- 3 ketul & T-shirt sehelai RM20. 

Pastu dengan tetibe lepas habis shoping souvenir terserempak Kak Nuyun... walawei what a small word.. hehe.. K.Nuyun lecturer kat Politeknik Sabah baru posting kat Sabah sebulan. Wahhhh !! Excited.. hehe. Pastu ajak la k.nuyun suggest tempat makan yang best......

K.Nuyun & her freind (lupe name.. sorry) & Barang org kirim ;)
Ni la tempat yang K.Nuyun suggest, same kawasan dengan tempat kami supper tu tapi kedai lain. Kedai ni more better in term of food taste. Lokasinye kat tengah dan lagi best drpd kedai 1st yang kami pergi tu. Banyak sangat seafood & look so fresh !! Wahhhh.. Excited kami pilih seafood nye. So ikan kami pilih sendiri, timbang2 punye pastu request je nak masak care ape. Kami ambil serba sikit, ikan merah, sotong, udang & sayur pacuk paku.

Hohohooo... Fresh + cheap seafood ma !!!
So inilah yang kami order.... Udang goreng butter basah, Pucuk paku masak belacan, Ikan merah bakar & Udang celup tepung ;) Overall price untuk serving 4 org termasuk air adalam RM 68. Lepas makan balik hotel, semue dah penat.

Dinner ;)
Keesokkan harinye kami cume sempat pergi muzium Sabah je. Kami gerak 9am lepas breakfast.. Muzium ni kene bayor RM2/entry. Ni la rupenye muzium Sabah, ade indoor part dengan outdoor. Pastu lepas 2 jam merayap kat muzium, mase untuk pulang ke Johor sebab flight 1pm. Punye la suntuk mase nak berjalan... adehhh.. heeee

The best scene aku jumpe adalah adegan atok & nenek yang sangat lovey dovey kat muzium. Semangat atuk tu bacekan kisah sejarah yang tampat kat dinding kat nenek tu.. Wahhhh atuk i'm so touch ;D

Uncle you're so romantic !! Owh my my <3
Muzium Sabah. Sini je sempat pergi daa!! Ciss ciss.. Mase sangat mencemburui..
So...... Good bye Kota Kinabalu. Next time kalu uoll pergi, pergi dengan tourist guide sebab kat Sabah byk tempat best. Kami sungguh la terkilan sebab tak dapat pergi kaki Gunung Kinabalu, Rumah terbalik & New Zealand Sabah & etc (byk lagi list nyer... heheheee).

Okey bye bye KK.. Nak pergi lagi.. Long vacation punyer.
* Travel tips! Kalau nak book hotel tanpa dulukan duit boleh surf Booking.com (klik kat gambar bawah). Senang sebab boleh anggarkan harga ikut baget kita & ade review daripada orang yang pernah duduk hotel tu. ;)

Saturday 15 December 2012

Ice Room, Nilai 3

Salam semua ;)

So inilah entry pertama untuk label Let's go eat. Kitaorang kalau pegi Nilai 3 tempat makan dituju.. Ni haa ! Ice Room.. Pe la yang best ntah kan.. huhu.. As for me yang paling best Ice Cream..... Ice Cream.. Malangnye pada hari kejadian hujan lebat so faham aje lah kesejukaan ler.. Tapi tibai gak ice cream tu pun share berempat... heheheee... Pastu semua pakat nak order makanan panas2x..kununnye.. So kami order soup je le & mami order asam pedas (Nasi tu tak panas pun..kui).

Ni la lokasi Ice Room kat Nilai 3
Makanan kat sini idak ler mahal bebenor (cakap peghak). Reasonable dengan portion nyer. Ape yang best Ice Cream.. Ice cream die rase macam dikisar sebab bila makan rase tekturnyer yang halus gitu.. nyumm! Makanan nye so so aje tak le sedap sampai teringat, tapi masih boleh diterima tekak kami (maybe sebab kelaparan juge.. hehehe).

Buku menunyer.. 
Ini lah ghupenye cara presentation makanannye. Sangat lah attractive ye asam pedas dalam buluh tu. Tengok la pulak portion Mehun Tom Yam & Wantoon soup nye beso beno magkuk. Sedap ngat hirup di kala cuaca hujan.

We eat: Meehun Tom Yam, Wantoon soup & Nasi + asam pedas
Ini la die ghupe ice cream nyer... Dap eh.. Teringat lagi !! So overall total price makan untuk 4 orang aroung RM 60. Buley la diterime akal hargenye.. hehe
Ice Cream !!! Datang sini makan le ice cream yup... Manyak perise ade ooo..
Actually ini main agenda kami ke Nilai 3. Soping ma !! Soping sebab nak tawin. Sape nak tawin... rahsie dulu... muaheeee. Kalau nak compare harge barang kawin kat Nilai 3 & Ayer Hitam, Batu Pahat... Hargenye lebih kurang je. Yang best due-due tempat ni boleh tawar harge, tak la sume kedai.. hehe... Macam gambar yang gambar ke-4 bawah ni, kami beli doorgift boleh tawar harge drpd RM 2.50 menjadi RM 1.90... Terer la mami bargain... phewww... heee.

* Tips yang paling penting saya nak share, kalau ade masa yang banyak sila lah surver dulu sebab setiap kedai lain hargenye walaupun item nyer same. Sekian tips untuk membeli belah barang kawin untuk hari ini.

Dan dan semua cari idea buat hantaran kat lokasi kejadian... muahaaa
........... dan akhir kata Selamat datang ke Nilai 3 ;D

Welcome yo !! One stop centre untuk beli barang kawin yup..

Wednesday 17 October 2012

Hari-hari bersamaMU

Hari ini ku alunkan puisi dari hati ;)

Hari berlalu tanpa sedar pantasnya masa berlalu
Ku kuatkan semangat untuk mengharungi hari-hari ku
Hari berlalu dengan pelbagai cerita bukan dari pintaku
Hari ini keriangan mengunjungiku
Esok menangis duka menyeka air mata di muka
Indah nya kisah hidup yang KAU tulis buatku
Penuh warna-warni di setiap penjuru
Yang terbaik hanya dariMU
Manis indah hidupku dariMU
Keranaku yakin doa yang aku panjatkan padaMU
Hanya KAU tempat ku taruh keyakinan hidupKU
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim