Friday 18 January 2013

Kek Lapis Coklat Polkadot Kukus

Ye puan..puan, hari ini kita masuk ke dunia dapur, dunia masak memasak. Resepi hari ini ialah "Kek Lapis Coklat Polkadot Kukus". Idea daripada blogger masakan yang famous Kak Yatie. Mane tak famous nye, I dengan mummy I ibaratkan blog kak yatie macam buku resepi uolls. Total page viewnye 4juta.. okeyh..

Okeyh let see the recipe !!

Cari kat kedai jual biskut timbang baru jumpe. Letih cari kat supermarket. Tak jumpe pun. Tak tau la kalu ade kat supermarket area lain.. ayoo. huuu
Biskut jejari

Bahan-bahan:

- 270 gram gula halus
- 230 gram tepung gandum*
- 30 gram serbuk koko*
- 1 sudu kecil baking powder*
- 6 biji telur gred A (daripada peti sejuk)
- 1 sudu besar ovallete
- 180 ml susu cair
- 1 sudu besar coklat emulco
- 120 gram mentega cair
- Biskut jejari secukupnya

p/s: Ayakkan semua bahan yang bertanda *

Cara-cara:


1. Campurkan kesemua bahan di dalam bekas kecuali mentega cair dan biskut jejari.
2. Pukul semua bahan sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan kacau dengan spatula hingga sebati.
4. Letakkan 2 senduk adunan ke dalam bekas loyang.
5. Letakkan dan susun biskut jejari di atas adunan di atas adunan pertama.
6. Kemudian kukus selama 10 minit.
7. Keluarkan kek daripada pengukus dan letak 2 senduk adunan & susun biskut jejari sehingga adunan terakhir.
8. Lapisan terakhir kukus selama 20 minit.
9. Sejukkan kek.
10. Potong kek berlawanan dengan bikut jejari yang disusun menegak, supaya nampak corak polkadot.
11 Siap ;)


Perempuan, Lelaki & Coklat

Assalamualaikum ;) Happy weekend !

Entry hari ini sangat sesuai untuk chocoholics. Today I'm going to write about "Woman and Chocolate" ;) "Perempuan dan Coklat".

Ape la menarik sangat nye coklat ni ye? Menarik nya coklat sebab dari dulu dulu lagi ia disimbolikkan sebagai sesuatu yang (......??....).. yang manis, romantis, motivated, sexyh. Wahaaa.. Ngape pule la perempuan ni suke coklat?? gedik betul perempuan ni. Coklat je pun.

Ini cerita disebaliknya daripada my research. Hakikatnya ia telah dijadikan trend @ ikutan ye. Al-kisah apabila lelaki pujaan yang romantis seperti  Channing Tatum (hero dalam movie 'The Vow') dan Gerard butle (hero filem 'PS, I love You') berlakon scene menghadiahkan coklat kepada pasangan yang dicintainya. Ini kalau filem era masa kini. Tapi kalau tengok filem dulu2 pun ade. Tengok, betapa kuatnya pengaruh media terhadap pemikiran kita. Tak patut pun media elektronik dipersalahkan (kesian media elektronik..ye.. hehe). Apa yang salah nye bila kita tak pandai nak tapis mana yang baik mana yang tak elok.

Ok what ;D lelaki kasi coklat kat perempuan.. Perempuan kasi coklat kat laki. Tambah kalau suami & isteri. Kalau tengah bercinte, nak bagi silelah (tapi pahala takde la kan). Tapi kalau fikir positif, kalau bagi mase bercintan cintun ibarat kite kasi praktis kepada bakal pasangan kita. Apakah idea romantis untuk pasangan yang dicintai. Salah satunya memberi hadiah sekotak/sebiji/seberapa banyak coklat. Perempuan yang jiwang terutamanya akan mengungkap dalam hati @ menzahirkan perkataan drpd mulutnya perkataan "Shooo Shweett la you ni". So apakah pula perasaan lelaki yang dapat coklat pula daripada perempuan ye??? I have no idea.. Sebab I BUKAN LELAKI uollss.. huhu

Sila lah cuba buat kek coklat seperti ini & sprinkle lah seberapa banyak Love..love di atsas kek tu & cuba hadiahkan kepada pasangan anda. Adakah ada reaksi @ sebaliknya?
So, lelaki out there..... faham tak mengapakah Perempuan suke Coklat? Sebab coklat membuatkan perempuan tu akan beresa lebih sexyh, termotivasi & berkeyakinan.

See.. sexyh tak??

Fakta daripada entry ini telah dirumuskan daripada:

1) http://www.streetdirectory.com/food_editorials/snacks/chocolates/why_women_love_chocolate.html
2) http://www.news.wisc.edu/13719
3) http://www.oprah.com/food/Why-Women-Crave-Chocolate

P/s: Ni adalah intro untuk next post.. hehe.. Check it out resepi Kek Lapis Coklat Polkadot ;)

Thursday 3 January 2013

Hari ini lebih indah daripada semalam ;)

Indah malam dini hari ;)
"Kenapa indah?"
"Sebab hari ini Allah swt kurniakan keindahan"
"Hari semalam tak indah?"
"Indah juga, tapi tak seindah hari ini"
"Apa yang indah dari hari ke hari ????????"
.................................

Indah juga kehidupan apabila dikurniakan perbezaan. Perbezaan sifat, pendapat, idea, warna dan ??? (banyak lagi yang tak terfikir). Perbezaan hari ke hari itu adalah??? "warnanya". Hari putih (hari tenang), esok hitam (hari sedih), lusa pink (hari jiwang) [Analogi..hehe]... Lumrah kejadian, tiada yang sempurna tercipta melainkan Allah SWT. Tatkala tiada yang sempurna, terungkaplah perkataan "saling melengkapi". Sebab itu lah warna-warni itu indah ;))